Angin

Thursday, November 13, 2014

KISAH TELADAN : KISAH 5 PERKARA ANEH

KISAH LIMA PERKARA ANEH

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqah yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-Nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.

Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat:-
1. Apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah,
2. Engkau sembunyikan,
3. Engkau terimalah,
4. Jangan engkau putuskan harapan,
5. Larilah engkau daripadanya.

"Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."

Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.



Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut.



Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu, mangkuk emas itu keluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku."



Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."

Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan
burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.

Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalananya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa,
1. Engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.
2. Semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua.
3. Jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya.
4. Jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat.
5. Bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."

Untuk Renungan bersama:

Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."
Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.

Sunday, May 29, 2011

800 tan ikan mati mengejut



MATI... Pekerja mengumpul ikan mati di Tasik Taal, Wilayah Bantangas, Selatan Manila,


TALISAY: Lebih 800 tan ikan mati dan busuk di sebuah kolam ternakan berhampiran Manila ekoran penurunan suhu secara mendadak.

Pegawai perikanan kerajaan, Rose del Mundo, berkata insiden kematian mengejut itu bermula minggu lalu di Tasik Taal di wilayah Batangas namun sudah berkurangan.
Permukaan tasik di kawasan itu yang dikhususkan untuk ternakan ikan, dipenuhi ikan bandeng yang sudah busuk. Ikan bandeng adalah sebahagian diet biasa rakyat Filipina.
Del Mundo berkata, siasatan awal mendapati kematian itu mungkin disebabkan perubahan drastik suhu berikutan musim hujan selepas musim panas membahang, yang turut mengurangkan paras oksigen tasik.

Pihak berkuasa mengharamkan jualan ikan busuk itu yang ditanam selepas dipunggah trak pengangkut ikan. AP

Tuesday, May 24, 2011

Tsunami JEPUN Di sebalik AL-QURAN


1. Tarikh yg berlaku adalah pada 11/3/2011 bersamaan 6 RabiulAkhir 1432 Hijah or 6/4/1432.
2. so dengan tahun 1432 di pecahkan 14 || 32.
3. Jawapanya Jujuz ke 14 Quran.
4. Dan bulan 4.


Rahsia angka tahun ini : Jujuz 14 Ayat Quran ke 4.


Rujuk di Quran.


1. Jujuz 14 bermula pada surah Al-Hijr, dan ayat ke 4 dari surah AL Hijir menyatakan


"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya".


2. Rahsia seterusnya yang menunjukan Malapetaka ini akan berlaku di Jepun ialah dengan kedudukan Jepun dan Wilayah Seedai pada kedudukan geografi bg ( Jepun : Latitiude 36, Longtitude 138)


so dlm 1432, 14 dh di ketahui Jujuz Al Quran. maka yang di pecahkan 14 || 32 so di pecahkan lagi 3|2 ,so now secret no adalah 3.


di ambil pula lokasi latititude dan longitude.


3+6+1+3+8 = 21
so next 2+1 = 3
proved *. yg di maksudkan dengan no 3 adalah negara jepun.


Dan di dalam jepun jugak terdapat banyak wilayah.. maka wilayah yang akan di turunkan malapetaka itu ? Wilayah Seedai pada kedudukan geografi Latitiude 38'15 dan Longtitude 140'53


makan 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30
so next 3+0 = 3.
*proved wilayah yang tuhan maksudkan dgn angka 3 adalah Wilayah Seedai di Jepun.


3. Rahsia seterusnya dengan tarikh 6


msa yang di laporkan oleh Jabatan Metrologi Rusia.. gempa bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun..


so 1+4+4+6 =15
so next 1+5 = 6
*proved 6 membawa maksud masa yang akan berlaku.


4. Dah yang seterusnya 1432 apabila di pecahkan 14||32, kini di ambil pula angka 14 dan di pecahkan 1||4 , maka angka satu boleh di kelaskan sebagai permulaan hari. maksudnya di dalam Islam Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. so angka satu memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat.


5. Lihat.. betapa benarnya ayat al quran. segala yang di nyatakan tetap berlaku. walaupun suduh berabad kitab Quran di turunkan.


6. Walaupun zaman berubah sejauh mana sekalipun.. Al-Quran tetap bagi sepanjang zaman.
7. Di percayai banyak lagi rahsia yang masih tidak dapat di ketahui di dalam tarikh ini. namun sekadar ini pun telah membuatkan kita lihat dengan mata kita sendiri betapa mulia Al-Quran. dan segala yang di ungkapkan di dalamnya
8. WauAllahhu Allam.


Di persilakan untuk share. bg mengingati kite kembali tentang segala perkara yang terkandung di dalam Al-Quran adalah benar buat selamanya. mahupun di dunia atau pun akhirat

Tuesday, May 17, 2011

Rilex la kalau boleh.....



Fenomena Aneh Ikan Kerana Tsunami

SUNDAY, MARCH 13, 2011

SEKUMPULAN ikan sardin dilihat berenang berhampiran persisiran pantai Acapulco , Mexico , hari ini. Menurut nelayan tempatan, mereka tidak pernah melihat kejadian seperti itu sebelum ini. Dari jauh, sekumpulan ikan itu kelihatan seolah-olah seperti tumpahan minyak. Seorang lelaki mengambil foto sebuah kawanan ikan sardin dari pantai Acapulco. Nelayan berlumba-lumba ke pantai untuk tidak melepaskan rezeki terpijak.

Beberapa pakar berkata fenomena ini ada berkaitan dengan tsunami di Jepun.

" Ada sekitar 20 atau 30 nelayan dan ada ramai yang datang bersama dengan anak-anak mereka untuk tidak melepaskan keuntungan ini," kata Carlos Morales.
Nelayan di Acapulco berkata mereka tidak pernah melihat kumpulan besar ikan seperti ini yang berhampiran pantai sebelum ini.
Kumpulan ikan yang sangat padat sehingga kelihatan seperti tumpahan minyak dari atas. Beberapa orang yang sedang mandi menjauhkan diri fenomena misteri itu dan keluar dari air.





BACALAH AL-QURAN WALAUPUN SEPOTONG AYAT...

Tingkat atau golongan pembaca Quran dapat dibahagikan 6 tingkat, mari kita perhatikan diri kita berada ditingkat yang mana, tergolong dari tingkat yang tinggi atau yang paling rendah?



GOLONGAN YANG LALAI

AL-GHAFILIN: Pembaca sekitar 1-9 ayat.
Golongan paling rendah ialah orang-orang yang membaca Quran kurang dari 10 ayat pada setiap malam, ini berdasar kenyataan Tamim Ad-Dhari yang pernah berkata yang maksudnya: “Siapa membaca sepuluh ayat Quran pada suatu malam, tidaklah dituliskan dia daripada golongan yang lalai.”

GOLONGAN YANG INGAT

AL-ZAKIRIN: Pembaca sekitar 10-49 ayat.
Kata Abi Said Al-Khadari yang bermaksud: ” Siapa membaca pada suatu malam sepuluh ayat Quran adalah dituliskan daripada golongan ingat.”

GOLONGAN PEMELIHARA

AL-HAFIZIN: Pembaca 50-99 ayat.
Sahabat nabi, Tamim Ad-Dhari dan Fadholah bin Abid pernah berkata yang maksudnya: ” Siapa membaca 50 ayat Quran pada suatu malam, adalah dituliskan daripada golongan pemelihara-penghafal Quran.”

GOLONGAN SETIAWAN

AL-QANITIN: Pembaca sekitar 100-199 ayat.
Ibnu Umar berkata: “Siapa membaca Quran pada suatu malam sebanyak seratus ayat adalah dituliskan dia daripada golongan Setiawan.”

Tamim Ad-Dhari menerangkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda: “Siapa membaca 100 ayat Quran pada suatu malam nescaya dituliskan pahala dia mendirikan ibadah (sepenuhnya) pada malam itu.”

GOLONGAN JIAWAN

AL-FAIZIN: Pembaca 200-299 ayat.
Abdullah bin Omar berkata: “Siapa membaca pada suatu malam sepuluh ayat Quran tidaklah dituliskan dia daripada golongan yang lalai. Siapa membaca pada suatu malam 100 ayat Quran adalah dituliskan dia daripada golongan Setiawan dan siapa membaca 200 ayat Quran adalah dituliskan dia daripada golongan Jiawan.”

GOLONGAN JUTAWAN

AL-MUQANTIRIN: Pembaca 300-1000 ayat.
“Siapa membaca pada satu malam tiga ratus ayat Quran adalah dituliskan baginya satu Qinthar dan siapa membaca tujuh ratus ayat, Tidaklah aku mengetahui lagi akan pembalasannya.” demikian kata Abdullah.

Hasan menerangkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda: “Siapa membaca Quran pada suatu malam 100 ayat, tidaklah ia dibantahi oleh Quran pada malam itu, Siapa membaca Quran pada suatu malam 200 ayat nescaya dituliskan dia orang yang mendirikan peribadatan malam (ibadah sepenuh malam). dan seterusnya siapa membaca Quran pada suatu malam 500 ayat sampai meningkat 1000 ayat, adalah ia berpagi-pagi memperolehi 1 Qinthar diakhirat.” Mendengar itu sahabat-sahabat pun bertanya: “Berapakah satu Qinthar itu?” Nabi menjawab: “12000.”

Abi Ad-Darda menyebutkan persabdaan nabi saw: “Siapa membaca 1000 ayat Quran adalah dituliskan dia memperoleh 1 Qinthar pahala sedang satu Qirathnya adalah seperti Changkat yang besar”.

Tamim Ad-Dhari dan Fadholah bin Abid pula berkata: “Siapa membaca 1000 ayat Quran pada suatu malam, adalah dituliskan untuknya 1 Qinthar, sedang 1 Qirath daripada Qinthar itu adalah lebih baik daripada dunia dan isinya dan ia memperoleh lagi pahala mengikut apa-apa yang dikehendaki Allah”.

Sabda rasulullah saw: “Siapa kerap membacakan 10 ayat Quran tidaklah dituliskan daripada golongan yang lalai, Siapa membacakan 100 ayat Quran adalah dituliskan daripada golongan Setiawan dan siapa membacakan 1000 ayat Quran nescaya dituliskan daripada golongan Jutawan”. (H.D Abi Daud M. Abdullah bin Amru bin Al-Ash)

Orang yang tetap bersolat (fardhu Maghrib dan Isya’ maka mereka biasanya mencapai tingkat atau golongan pemelihara yaitu orang yang membacakan pada setiap malam tidak kurang daripada 50 ayat Quran (termasuk bacaan surah-surah pendek yang dibacakan sesudah Al-Fatihah pada rakaat pertama dan kedua pada solat Maghrib dan Isya’.)

Buat Diari Guna Notepad..

Rasanya semua dah tau buat benda ni. Tapi ada yang tak tau lagi kot.
Dengan menggunakan Notepad, anda boleh membuat simple diari yang cantik di Notepad. Sememmangnya ada diari ni, bolehlah kita menguruskan masa dengan lebih baik dan terurus.



CARA - CARA :

1) Buka Notepad.

2) Taip .LOG dalam Notepad tersebut.

3) Tutup Notepad dan Save As dengan nama yang anda suka.

4) Bila buka semula Notepad yang anda save, file anda sudah menjadi diari. Akan terkeluar tarikh dan masa baru untuk anda menulis diari, tulislah di situ.

5) Untuk meletakkan tarikh dan masa (datestamp) baru, tekan button F5 kat keyboard anda.

Kekadang kita tak terfikir pun....

Sekadar renungan bersama

RENUNGAN:


1) Dari bujang-kahwin No 1 ---- no.2 ----- DLL.

2) Dari pakai moto kap --- kancil-wira --- Honda ---- seterusnye..

3) Badminton ----- Golf ----

4) Rumah sewa---- rumah murah ---rumah teres --- banglow...

5) Technician ----supervisor ----- engineer --- manager...

6) Tv 14' --- 21' --- 29' ---- Home theather...

7) Sg Danga --- Tanjung Leman --- Langkawi ---- Hadnyai --- Bangkok ..

8) Dalam semua segi kita mau kanperubahan kearah yang lebih baik dan glamour...

9) mancing kat parit /longkang ---- sungai --- kolam (bayar punye)--- laut dalam (sewa bot mewah)...... Kalong



TETAPI...


KITA JUGA LUPA....
SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN
KITA....

DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT
ADALAH
PEMBERIAN TUHAN...'ON LOAN'...

SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAH
KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH 'PERSEDIAN UNTUK MATI'

Umpamanya:

1) tak sembahyang ---- pastikan sembahyang-- -jadikan amalan.....

2) banyak maksiat ----- kurangkan ----- hapuskan...

3) Bangi ---- madinah ---- mekah---

4) sedekah RM1.00 ---- RM10.00 --- RM100.00/

5) sembahyang dirumah --- sembahyang di surau/mesjid. ...

6) 5 jam sehari menonton TV ----- 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU....

7) 3 jam baca suratkabar/majallah /internet ----- 2 jam majallah/surat khabar/internet & 1 jam membaca AL QURAN /selawat , zikir.

8) Apa apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT.


Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONAL improvement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA. Perkara berkaitan AKHIRAT slowly di ketepikan... . .

Contohnya:

Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur. .......

Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE. .. bila tuhan beri kenaikan pangkat & gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa... Macam macam lagi yang kita pun sedia maklum dan tahu... malah berlaku dikalangan ahli keluarga kita, jiran, rakan-rakan, DLL. Jadi samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN, BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.

Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun... Tuhan juga memberi kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan dengan sebaik mungkin.. Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih kurang 40~~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya... infiniti...

Semuga tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya
di dunia dan akhirat.
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus ..

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut
kehendak mereka.

5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi
dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak
misik..

7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka
diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.'


Telah bersabda Rasullullah S.A.W:

'Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat
pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2.. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3.Orang berpuasa di hari Arafah.'

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Wassallam.

p/s: Kalau rajin... hmmm. .kalu rajin la.. Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah sal ah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Thursday, May 5, 2011

Bagaimanakah menggerakkan daya perubahan di dalam diri anda?

Persoalan utama yang ingin dibangkitkan ialah mustahilkah untuk melakukan perubahan? Mustahilkah? Susahkah? Pasti jawapanya tidak mustahil. Mengapakah untuk melakukan perubahan yang positif itu lebih susah berbanding ke arah yang lebih negatif? Adakah kerana diri ini lemah? Lemah untuk melawan godaan syaitan yang dilaknat?

“Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahawa mereka dapat petunjuk” – (Surah Az-Zukhruf 43:37)

“Dan janganlah kamu sekali-kali dipalingkan oleh syaitan sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu”- (Surah Az-Zukhruf 43:62)

“ Iblis berkata: “Wahai Tuhankau! Kerana engkau telah menjadikan daku sesat,(maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali di antara zuriat-zuriat itu hamba-hambamu yang dibersihkan dari sebarang syirik”. – ( Surah Al-Hijr :15:39-40)



Apakah definisi perubahan sebenar dalam diri kita? Adakah hanya dari segi fizikal atau hati nurani? Yang mana akan datang dulu? Sebenarnya, yang mana datang dahulu itu tidak penting, kerana yang lagi penting adalah hasilnya. Kerana perubahan itu datangnya dari hati yang ikhlas, yang tulus.

Kedudukan manusia sebagai hamba dan khalifah Allah dengan fungsinya untuk taat, patuh, dan mengimarahkan bumi Allah ini ialah satu amanah yang mesti dilaksanakan sepenuhnya. Segala tuntutan agama dan kewajipan yang ditetapkan hendaklah dipikul dan dilaksanakan seperti yang dikehendaki tanpa lalai, ragu dan sambil lewa. Jika ini dilaksanakan, maka seseorang itu telah menunaikan amanahnya kepada Allah SWT sepertimana firmanNya yang bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghianati (amanah) Allah dan Rasulnya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedangkan kamu mengetahui (salahnya).
(Al-Anfal:27)

Kepimpinan Nabi SAW sebagai ‘khalifah’ itulah pokok dan contoh keutamaan bagi setiap Muslim Mukmin ikuti sebagaimana Para Sahabat RA telah ikuti. Semua ciri-ciri itu harus menjadi ketaatan dan amalan yang tidak berbelah bagi kepada setiap individu mukmin. Mengan itu haruslah individu itu dapat melahirkan seorang khalifah di tahap yang lebih tinggi dikalangan kaum, jajahan, negeri atau negara.
Setiap daripada kita merupakan pemimpin. Pimpinan bermula dari tanggungjawab memimpin diri kita sendiri, keluarga. jiran, memimpin ahli masyarakat dan seterusnya memimpin negara. Kita kelak akan disoal dan dipertanggungjawabkan tentang kepimpinan dan amanah yang kita pikul. Berikut adalah ciri-ciri pemimpin yang baik sebagai contoh untuk diri kita berubah menjadi pemimpin yang boleh diikuti.

1. Cinta dan minat sepenuhnya dengan apa yang kita lakukan.
- Terapkan cinta, minat, dan rasa tanggungjawab terhadap pasukan dan organisasi dalam diri setiap ahli. Berikut rukun 3T dan prinsip 3K yang boleh diamalkan.

Rukun Usrah 3T : Ta’aruf, Tafahum, dan Takaful

a. Ta'aruf- Saling kenal mengenali.
Berkenalan dalam erti sebenarnya memerlukan masa yang berterusan dan rasa ukhuwah yang tinggi.
b. Tafahum- Saling memahami satu sama lain.
Ikatan persaudaraan yang terjalin menuntut rasa kesefahaman dalam diri dan rasa tanggungjawab membantu sesama ahli.
c. Takaful- Tolong menolong membantu kearah kebaikan dan gerakan dakwah.
Prinsip amar makruf dan nahi munkar menjadi pegangan.

Prinsip 3K : Kebersamaan, Kesefahaman dan Kebanggaan

a. Kebersamaan
Wujudkan kebersamaan dan rasa kesatuan dalam pasukan dan ahli kumpulan. Setiap masalah yang dihadapi adalah masalah bersama untuk ditangani. Wujudkanlah rasa kekitaan. "Kau + Aku = Kita"
"Kita hendaklah bersama..", "Program kita menghadapi masalah...".. "Syarikat kita perlu mencapai.."
b. Kesefahaman
Setiap ahli mempunyai peranan masing-masing yang menyumbang pencapaian pasukan. Justeru, ahli pasukan perlu saling memahami dan menghargai pendapat serta kebajikan sesama ahli pasukan.
c. Kebanggaan
"Aku bersyukur dan bangga berada dalam kumpulan/pasukan ini".

Naikkan semangat ahli pasukan tentang kejayaan-kejayaan terdahulu dan peluang serta potensi pasukan untuk mencapai kejayaan bersama.

2. Tetapkan matlamat bersama dan buat yang terbaik mencapainya bersama-sama dalam satu pasukan.
- Matlamat bersama hendaklah jelas, spesifik, boleh dicapai dan mempunyai tempoh masa.

3. Sikap positif dan sokongan moral yang berterusan.
- Murah dengan senyuman, meluangkan masa berkongsi dan menyelesaikan masalah ahli pasukan, memberi pujian ikhlas atas usaha dan pencapaian ahli, melazimi ucapan terima kasih, ganjaran seperti belanja makan dan sebagainya.

4. Nilai-nilai yang baik dalam kepimpinan.
- Wujudkan nilai bersama yang menjadi amalan pasukan. Nilai tersebut perlulah sentiasa diulang-ulang atau ditampal, agar menjadi amalan setiap ahli. Contohnya jujur, tanggungjawab, wawasan, disiplin, kerjasama, adil, dan prihatin.

5. Mengagihkan tugasan secara jujur dan teratur.
- Pemimpin sentiasa memberikan galakan kepada ahli pasukan untuk berdikari dan membangunkan potensi diri.

6. Kepimpinan melalui teladan.
- Tingkatkan karisma diri dan bina personaliti diri unggul. Sentiasa tenang dalam setiap keadaan dan berfikirlah secara matang dalam mengambil setiap keputusan.

7. Sedia bertanggungjawab atas setiap perbuatan atau tindakan ahli pasukan sama ada baik atau buruk, berjaya atau gagal.
8. Bergaul dengan orang yang berjaya dan bersahabat dengan sahabat yang baik. Pelajari rahsia kejayaan mereka.

Ingatlah, kita semua adalah pemimpin dan akan bertanggungjawab terhadap apa yang kita pimpini. Dari maksud berkenaan, setiap individu mestilah insaf menyiapkan dirinya sesuai menjalankan amanah dan tanggungjawab sebagai pemimpin atau khalifah mana-mana kelompok yang menjadi tanggungjawabnya untuk ditunaikan selaras menjadi ‘khalifah berpandukan Al-Quran dan Sunnah SAW.

KHASIAT HERBA KITA

Tumbuhan Herba Harapan Bersama



Bumi adalah sebuah planet yang terdapat di dalam galaksi bimasakti. Bumi adalah satu dari pada 9 planet yang memiliki kehidupan di atas permukaannya. Kehidupan tersebut berkongsi dan saling memerlukan antara satu sama lain. Antara hidupan yang menjadi kroni utama di atas permukaan bumi ini ialah tumbuhan, haiwan serta disusuri dengan manusia.

Tumbuhan adalah hidupan yang pertama sekali menghuni permukaan bumi ini berabad-abad lamanya dahulu. Selepas kejadian tumbuhan, haiwan pula menyusur dan diakhiri dengan kemunculan manusia. Di sebabkan tumbuhan adalah sepsis pertama yang lahir. Maka, mereka sudah tentu mempunyai banyak kelebihan-kelebihan tersendiri mengatasi hidupan yang datang selepasnya.

Fungsi utama tumbuhan kepada manusia dan haiwan ialah tumbuhan membekalkan gas oksigen yang dapat menggerakkan sel-sel di dalam tubuh haiwan dan manusia. Haiwan dan manusia bergantung hidup sepenuhnya kepada oksigen. Pendek kata di sini, haiwan dan manusia tidak akan wujud sekiranya tiada tumbuhan. Selain dari tugas membekalkan oksigen kepada manusia dan haiwan, tumbuhan juga turut menyumbangkan pelbagai faedah lain kepada haiwan dan manusia.

Bagi manusia, tumbuhan digunakan untuk tujuan pemakanan, perubatan, kecantikan, tempat tinggal dan lain-lain. Tumbuhan juga mempunyai khasiat-khasiatnya tersendiri. Tumbuhan sebegini dikenali sebagai tumbuhan herba. Pokok herba digunakan meluas dalam mengubati penyakit dan lain-lain kegunaan. Bagi masyarakat melayu yang tinggal di bumi asia. Mereka mempunyai cara dan cirri tersendiri dalam menjalankan kehidupan mereka.

Masyarakat Melayu ini mengamalkan perubatan tradisi semenjak dari dahulu lagi. Masyarakat melayu sangat arif dalam mengenalpasti tumbuhan herba dan kegunaannya. Keunikkan yang ada pada masyarakat ini telah di warisi dari generasi ke generasi hingga ke hari ini. Perubatan tradisional lebih menggunakan tumbuhan herba iaitu pada daun, akar, batang serta buahnya.

Tumbuhan herba dikatakan mempunyai banyak khasiat-khasiatnya tersendiri sehingga ada yang masih tidak diketahui khasiatnya sesuatu tumbuhan. Khasiatnya sangat banyak hingga tidak terhitung akan jumlahnya. Khasiat-khasiat tumbuhan herba ini diketahui secara tidak sengaja, ilham dan juga melalui kajian di dalam makmal. Masakini, lebih beratus ribu tumbuhan sudah dikenalpasti akan kelebihan-kelebihannya tersendiri.

Dalam perubatan, tumbuhan mampu mengubati pelbagai jenis penyakit. Malah penyakit merbahaya juga mampu dihindari dengan penemuan-penemuan herba ini. Tumbuhan yang sering dijadikan perubatan adalah daripada khazanah hutan hujan tropika. Di dalam hutan hujan tropika terdapat pelbagai tumbuhan hijau yang mempunyai pelbagai jenis sepsis bermula dari tumbuhan menjalar dan renek hingga la ke tumbuhan berkayu dan gergasi.



Antara contoh utama tumbuhan herba yang digunaka dalam perubatan ialah Pokok Sabung Nyawa. Ia adalah berbangsa Compositae dan nama saintifiknya ialah Gynura prucumbens Back. Kegunaan tumbuhan ini adalah pada daunnya. Ia digunakan untuk mengubati penyakit tekanan darah tiggi, radang pipa tenggorok, Sinutis, Diabetis, kolestrol tinggi dalam darah dan juga terkena bias ulat dan semut hitam.

Contoh herba lain pula ada sirih merah. Ia berbangsa Piperales. Kegunaannya iala ia dapat mengubati hepatitis, batu ginjal, mencegah strok, radang mata, kelelahan dan juga untuk memperhaluskan kulit. Sirih ini dimakan segar daunnya. Penggunaan teknologi masakini juga telah mengekstrak khasiat sirih ini kepada bentuk pil untuk dijadikan ubat berkala di klinik dan hospital.

Terdapat banyak lagi contoh tumbuhan herba yang mampu mengubati 1001 macam penyakit kronik yang tak terhingga hebatnya. Tidak terhitung banyaknya jika dikaji di setiap pelusuk dunia ini kerana iklim di atas permukaan bumi ini adalah berbeza. Iklim menghasilkan pelbagai jenis hutan-hutan yang mempunyai tumbuhan-tumbuhannya tersendiri. Tumbuhan disetiap iklim dan hutan ini tidak akan sama kerana mereka tumbuh berdasarkan ciri kesuhuan, tanah dan sebagainya. Aspek inilah yang telah menjadi tumbuhan herba yang mempunyai pelbagai kelebihan.

Selain daripada perubatan, tumbuhan herba digunakan masyarakat dahulu di kampung sebagai tanaman hiasan atau pun dikenali sebagai ulaman hias laman. Menghias tanaman menggunakan pokok herba sebagai menyeri adalah tindakan yang sangat baik. Ini kerana tumbuhan herba mempunyai rupanya yang tersendiri yang unik.

Menghias taman bukan bermaksud hanya halaman rumah tetapi juga di belakang kediaman yang sering dilupakan. Di kampung biasanya laman belakang rumah adalah tempat utama tumbuhan herba, ulaman serta rempah ratus di tanam. Ianya digunakan untuk dijadikan hidangan sekeluarga. Suri rumah sesebuah keluarga masa dahulu tidak perlu kehulu ke hilir untuk ke hutan kedai dan sebagainya. Herba hanya dipetik di belakang rumah sahaja.

Tanaman herba hiasan ini penting bagi memenuhi nilai ekonomi, kesejahteraan, keselesaan, keagamaan dan juga alam sekitar. Konsep asas mereka bentuk lanskap kebun dapur adalah penanaman yang member manfaat kepada keluarga untuk tujuan masakan dan ubatan melalui gabungan dan susunan tanaman perisa, sayuran, ulam dan tanaman hiasan lain.

Pokok herba jenis naungan seperti tembusu (frarea fragrans), asam jawa, tanjung, jambu batu adalah sesuai di tanam untuk halaman. Selain itu, tumbuhan herba renek yang sesuai di tanam ialah seperti siantan, bunga raya, bunga tahi ayam, lidah buaya dan lain-lain. Pokok jenis penutup bumi yang sesuai ditanam pula adalah seperti pudina, kaduk dan lain-lain.

Tanaman herba sebegini mampu member ribuan manafaat kepada manusia tanpa disedari. Di samping kelebihan herba itu sendiri. Pengguna juga dapat menjimati duit dari memperlanjai sebarang kos rawatan ataupun ubatan herba. Ini kerana sumbernya telah dimiliki sendiri. Selain itu, kita juga dapat mengekalkan serta menjaga keharmonian dan keindahan alam semulajadi ciptaan Tuhan yang sangat tinggi nilainya.

Justeru, tumbuhan herba ini wajarlah di jaga serta di warisi dari turun temurun. Manusia yang diperintahkan menjadi khalifah di muka bumi ini hendaklah membanteras aktiviti pemusnahan hutan dan tumbuhan. Di khuatiri segala perkara ini akan mengalami kepupusan. Ini akan mengakibatkan generasi akan datang tidak lagi mengetahui akan khasiat dan kehebatan tumbuhan herba. Mereka hanya bergantung sepenuhnya pada ubatan kimia berbanding alam sekitar. Padahal mereka tidak tahu yang ubatan kimialah akan member kesan yang buruk dalam tempoh jangka masa yang panjang. Tumbuhan herbalah sememangnya harapan semua sampai bila-bila.

Doa Pembuka Majlis


Bismillahirahmanirrahim..


Segala puji bagi Allah pentadbir sekelian alam. Selawat dan salam ke atas semulia-mulia Nabi , Rasul junjungan kami iaitu Nabi Muhammad s.a.w dan di atas keluarga serta sahabat-sahabat baginda radhiallahhuanhum ajma’in.

Ya Allah Ya Qadim , datangkanlah kami pemeliharaan daripada syaitan yang direjam dan nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kpd Engkau atas sebarang pekerjaan yang dapat mendekatkan diri kepada Engkau Ya Allah.


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. Berkatilah majlis keilmuan ini Ya Allah, datangkanlah makfirah dan rahmatMu dari awal hingga berakhirnya majlis ini. Ya Allah.

Ya Allah, jadikanlah kami dari hamba-hambaMu yang baik, yang berjiwa mantap, berhati cekal serta mempunyai minda positif yang inteklektual. Ya Allah, jadikanlah kami seorang manusia yang bertanggungjawab, penerima amanah dariMu, selaku penggalas tugas yang mulia iaitu khalifah dimuka bumiMu ini Ya Allah. Semaikanlah dalam diri kami dari benih-benih mahmudah dan jauhkanlah kami dari anasir-anasir mazmumah.

Ya Allah, hanya padaMu tempat kami mengadu dan meminta pertolongan. Dan hanya padaMu jualah kami memohon mengampunan.

Amin, Amin Ya Robbalalamin.

Di akhiri dengan doa penutup...

Perenggan Pertama : Aku & Kehidupan




AKU DAN KEHIDUPAN

Kehidupan sebagai mahkluk yang bijaksana bergelar manusia.
Kehidupan ini bermula dengan kosong tiada apa-apa.
Bermulanya dengan A..B..C.., Alif..Ba..Ta.., 1..2..3,
Dari lidah yang kelu berbicara..
Sehingga mulut yang petah berkata-kata..
Dari tulang 4 kerat yang bersahaja..
kini tubuh gempal berdaya sasa..

Kehidupan sebagai insan..
Pasti akan melewati duri-duri kehidupan..
Sebagai insan yang biasa ditelan..
Ditelan arus kehidupan..
Tak rela aku jatuh ke lembah kemunafikan..

Akan kukejar hanya pada yang berkekalan..
Menuju hari pengadilan..
Biar pun tidak mencecah dasar lautan..
Namun, akan aku tempuhi dengan tujuan..
Supaya terlaksana segala impian..

Aku masih diperjalanan..
Akan kurebah menghadapi segala rintangan..
Biar taufan melanda lautan..
Takkan nakhoda lepaskan tali tautan..

KERANA AKU ADALAH AKU..
Hamba pada Tuhan yang satu..